Sunday, January 2, 2011

TAHNIAH MALAYSIA,TAHNIAH HARIMAU MALAYA DAN TAHNIAH ULTRAS MALAYA



ALHAMDULILLAH.....Setelah sekian lama mencuba akhirnya MALAYSIA berjaya menjadi juara PIALA AFF SUZUKI CUP 2010 yang telah diperkenalkan sejak 1996 selepas menewaskan indonesia 4-2, sebelumnya dikenali sebagai TIGER CUP. Ia adalah kejayaan pertama negara sejak 14 tahun yang lalu. Penyokong-penyokong akhirnya kembali memberi kepercayaan kepada pasukan muda negara dengan memenuhi STADIUM PUTRA BUKIT JALIL seawal jam pagi untuk menyaksikan perlawanan akhir pertama menentang indonesia. Suasana stadium gamat dengan sorakan hampir 80,000 penyokong harimau malaya dan hampir 15000 penyokong indonesia. Ternyata pasukan anak muda negara yang diketua syafiq rahim tidak menghampakan penyokong yang memenuhi stadium dengan menewaskan indonesia 3-0 dalam perlawanan akhir pertama dan dalam perlawanan akhir kedua harimau malaya memberi gol kasihan kepada indonesia yang bermain di hadapan penyokong setia garuda dengan jaringan 2-1 (agg 4-2). Terima kasih juga harus diberikan kepada penyokong setia negara (ULTRA MALAYA) yang sentiasa dibelakang harimau malaya tidak kira kalah atau menang. Safee sali pula ditabalkan top striker( penjaring terbanyak) edisi 2010. Dengan kejayaan ini maka MALAYSIA sekarang adalah PASUKAN TERKUAT DIRANTAU ASEAN. Semoga kejayaan ini dapat menaikkan lagi semangat anak muda negara ke persada asia dan dunia. INSYAALLAH.

No comments:

Post a Comment