LOGO-LOGO FELDA SEJAK DITUBUHKAN HINGGA SEKARANG
Felda lubok merbau adalah tanah rancangan yang telah dibuka pada tahun 60an lagi, ianya terletak di daerah kuala nerang(padang terap) dimana kawasannya strategik di sempadan 3 daerah iaitu kuala nerang,pendang dan sik. Penduduknya datang dari serata tempat didalam kedah,perlis,perak dan pulau pinang. Ini membuatkan Felda lubok merbau menjadi salah satu tempat yang unik untuk dilawati. Pada awal pembukaan Felda lubok merbau hanya mengeluarkan getah sahaja, sakarang terdapat juga segelintir penduduk telah menanam pokok kelapa sawit sebagai pendapatan menggantikan pokok getah.
Felda lubok merbau mempunyai sembilan peringkat kesemuanya. Jumlah rumah yang didirikan felda pada awal pembukaan lebih kurang 399 buah rumah serta menjadikan Felda lubok merbau adalah felda terbesar di KEDAH.
Pada tahun 2011 telah ramai anak Felda lubok merbau yang telah berjaya dalam pendidikan,pelajaran dan segala bidang yang diceburi. generasi kedua dan ketiga Felda lubok merbau telah mendapat pelbagai pendedahan dalam apa jua bidang.
FELDA LUBOK MERBAU ADALAH FELDA YANG PERTAMA
MEMPUNYAI PERKHIDMATAN JALUR LEBAR PERCUMA, PUSAT JALUR LEBAR PERCUMA(PJLK).
KUALA NERANG18 Dis : Penduduk Felda seluruh negara kini berpeluang menikmati perkhidmatan jalur lebar percuma apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan 72 Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJLK) bermula tahun depan.
Pengerusi SKMM, Tan Sri Khalid Ramli, berkata projek bernilai RM144 juta itu bertujuan merapatkan jurang digital di kalangan komuniti yang tinggal di luar bandar khususnya.
“PJLK adalah sebuah pusat menyediakan kemudahan Internet jalur lebar berserta kelengkapan teknologi maklumat dan memberi khidmat pembelajaran kepada penduduk kampung.
“Ia menawarkan perkhidmatan Internet berkelajuan tinggi yang boleh digunakan semua lapisan masyarakat setempat untuk pelbagai aktiviti harian seperti proses pembelajaran dan perbankan secara online,” katanya selepas melawat PJLK Felda Lubuk Merbau di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Kanan Universal Service Provision SKMM, Datuk Jailani Johari; Pengarah SKMM Wilayah Utara, Mohd Hussin Ali dan Pengurus Felda Lubuk Merbau, Abdul Sukor Jalaludin.
Khalid berkata, penubuhan PJLK di 72 Felda itu untuk mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam kehidupan seharian.
Katanya, PJLK dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti komputer, mesin pencetak, mesin pengimbas, dan kemudahan Internet percuma yang disediakan sepenuhnya SKMM dan Telekom Malaysia (TM) di bawah penyeliaan MSD Digital Intelligence Sdn Bhd.
“Projek ini seiring dengan hasrat kerajaan untuk mencapai sasaran 50 peratus penggunaan jalur lebar di kalangan komuniti luar bandar agar mereka tidak ketinggalan dalam teknologi komunikasi dan maklumat,” katanya.
Felda Lubuk Merbau adalah Felda pertama di Malaysia yang mempunyai PJLK yang ditubuhkan bagi membuka ruang kepada komuniti luar bandar mempelajari pelbagai bentuk ilmu berkaitan ICT dengan objektif program, menyediakan perkhidmatan infrastruktur komunikasi dengan capaian Internet bagi merapatkan jurang digital dengan komuniti di bandar.

APA YANG MENJADI KETIDAKPUASAN WARGA FELDA LUBOK MERBAU??
Setiap kali musim cuti, musim perayaan atau musim majlis perkahwinan pasti masalah ketiadaan air berlaku di Felda lubok merbau, ia berlarutan sejak sekian lama. perkara kekadang membuat penduduk Felda lubok merbau mula tidak puas hati terhadap felda yang mempunyai aset kewangan berbilion ringgit.
jikalau FELDA membina satu atau dua tagki air pasti permasalahan ini tidak berlaku kerana pembinaan ini tidak seberapa nak di bandingkan dengan aset yang dimiliki FELDA.
Dengan pelantikan Tan sri Isa samad sebagai pengerusi felda yang baru dapat ambil perhatian terhadap permasalahan penduduk felda diseluruh malaysia.
No comments:
Post a Comment